xamadx.com

Photoblog lah!

Gambar.gambar.dahulu.kala.

Bila godek2 balik laptop, terjumpa gambar2 lama yang diambil masa zaman student (rasa mcm its been ages ago).

Baru-baru ni aku ada install CS3 dan beberapa photo editing program yang lain. Cantik jugak kalau dapat belajar edit2 gambar ni.

Disebabkan terlampau banyak gambar, aku ambik gambar secara random je dan touch up sekadar perlu dengan photoshop.

Hasilnya tak memuaskan hati tapi dapat explore photoshop secara lebih mendalam,  banyak ilmu dipelajari.

Gambar2 ni semua diambil dengan camera pns biasa. Tu pun kawan2 punya. Aku pakai kamera henfon sabun je waktu tu.

Kualiti gambar tak best sgt. Noise bersepah. Apa pon enjoilah!

Photobucket
Rumah tradisi minangkabau di kaki Gunung Datok, N9.

Photobucket
Gunung Datok, puncak gunung pertama yg aku tawan sebelum gunung2 lain contohnya gunung Everest dan puncak Alps. Tak caya sudah!

Photobucket
Backpack2 ni semua berat2. Kalo ringan dan tak padat nnt ada dajal2 isi batu. Tp aku tak suka bawak rucksack berat, sakit pinggang!

Photobucket
Dlm perjalanan ke air terjun Jerangkang, Phg. Check kedalaman air tapi bukan untuk menyelam.

Photobucket
Oh yes! Jalan…jalan. Lepas kot ni. Kereta sewa ni, nombor plet kena kaver. Haha…

Photobucket
Adoiyaiii, sangkut pulak kereta jatuh lubang. Kena angkat + tolak, kasi up sikit.

Photobucket
Alhamdulillah, dah sampai. Lepas ni bley mandeyyyy!

Photobucket
Fuhhh jatuhhh!


Photobucket

Dengan Odeng, trip ke Gunung Irau, Cameron Highland.

Ok, tu je lah dulu untuk kali ni. Entry lain more pictures to come. Stay tuned lah!

3 July 2009 at 05:05 - Comments

Kembali berbelog

Disebabkan prestasi hosting yang sangat mengecewakan, aku berehat sebentar dari berblogging. Rehat tak lama pun, cuma 2-3 bulan saje. Pada mulanya aku merancang untuk hostkan blog ni kat satu lagi hosting yang aku share dgn seorang kawan tu, tapi masalahnya tak ingat macam mana nak link kan domain name tu ke host tersebut. Nak tanya Google punyalah malas. Akhirnya aku pun ambik keputusan untuk berehat sebentar.

Tapi baru-baru ni Areej cakap hosting mercumaya ni dah macam okay. Tak selambat dulu. Kalau dulu nak bukak mmg lembab mcm siput sedut. Lepas dah cuba rasa macam okay banyaklah. sukenye…ingat dah taknak extend kontrak dah. Pindah host lain je lah, tapi skarang kena pertimbangkan semula.

Jari2 ni dah berkarat sbb lama tak menekan keyboard agaknya. Tapi main game waka-waka kat facebook champion lagik. hehee…
Silalah enjoy gambar-gambar mutakhir ni.

PhotobucketDi atas ferry menuju ke Greenwich.

PhotobucketPemandangan di sekitar River Thames

PhotobucketJam ‘24 Jam’ banyaknya nombor. Cambest!

Photobucket
Kaki-kaki kami di longitud O degree. Ok, kaki-kaki ku tidak O degree sgt.

PhotobucketFariz di UK. Tak mampu lagi berjalan setelah tercedera semasa bermain di playground.

PhotobucketSarah Adnin: Gambar masa umurnya tak sampai lagi 1 hari. Anak saudara pertamaku. Alhamdulillah.

PhotobucketSaya janji tak ‘cam-whore’ lagi.

2 July 2009 at 03:57 - Comments

It got worse!

I thought by having my own domain and hosting, I”d have more control and blogging would become easier and more enjoyable.
I agree with the control part. But another problem arises out of that. My hosting is way too slow. It always ends up to an error page every time I try to access to this blog or to log in to admin site. That’s very disappointing.
I do not know what makes it this slow. Is it the hosting that is Mercumaya.net or something else. I think it is because of the hosting.

Yesterday nite it took me more than 2 hours to upload this theme using FTP. It has never been this terrible to upload a new theme.
apa je lah masalah dgn ko ni.

23 April 2009 at 19:43 - Comments
Lily.Lulu at 11:21 on 28 April 2009
alaa .. siannya ... tapi mmg tadi ada problem skit nak masuk ur blog cam agak lambat :)

Cerita basi

gerrardpa1304_468x6781Ini adalah satu cerita yang dah basi. Walaupun dah lama tapi masih begitu bermakna. Bukan sahaja untuk diriku, tetapi berjuta peminat Liverpool yang lain. Aku pasti.

Satu kisah epik, lagenda dan bersejarah. Bagaimana Liverpool menewaskan Manchester United bukan di Anfield, tapi di home ground United sendiri, The Old Trafford Stadium. Owh, cukup utk membuatku tersenyum sepanjang bulan ini.

Ada satu kisah menarik pada hari game tersebut bagaimana sorg mamat melayu ni datang all over the way from KL to UK sebab nak tengok game ni. He arrived at the old trafford stadium without a ticket in his hand. He went to a ticket counter and it was unlucky for him. As expected, all the tickets were sold out. There was one English guy standing nearby offering him a ticket for £800.00. He was thinking to buy the ticket but later on he changed his mind. A moment later he found another guy who also happened to sell one ticket. After negotiating a bit, he secured that ticket for a price of £300.00. The guy he bought the ticket from was also a Malay who got the ticket for free i guess but decided not to watch the game because of some reasons. After all, £300 is nice amount of money.

Wait, ada satu lagi story yg best. Man United were beaten again earlier this afternoon.  But this time it was Fulham to kick them on their back and put them to bed. Ha-ha. Treat you well.

Hopefully LFC will try their best tomorrow against Aston Villa. YNWA.

22 March 2009 at 02:41 - Comments

Kisah Pokok

15_19_16-sycamore-tree-northumberland_web

Aku membesar di sebuah kampung yg takdelah jauh sgt dari bandar. Satu kelebihan membesar di kampung ialah bila tiba musim buah-buahan aku dan rakan-rakan sekampung akan memanjat dari satu pokok ke pokok-pokok yang lain untuk memetik buah2 yang masak ranum. Kami bergerak dari satu dahan ke dahan yang lain bergantungan beramai-ramai sebijik cam monyet. Dengan tidak berbaju dan muka yang comot mmg nampak tidak berjenis. Selepas letih memanjat dan kenyang makan buah-buahan tersebut kami akan ke sebatang anak sungai dan mandi di situ sampai hari gelap. Bila maghrib semua pulang ke rumah. Kalau tak balik time tu nanti datanglah para2 ibu mencari anak-anak  mereka sambil membawa rotan ditangan. Kami akan bertempiaran lari pulang ke rumah. Perkara ini merupakan satu rutin harian kehidupan di kampung. How i miss that.

Di antara pokok2 yg menjadi tumpuan adalah pokok jambu batu, jambu air, mempelam,  manggis, rambutan, duku malah pokok kelapa sekalipun. Tapi yang peliknya time tu walau pun pokok tu tinggi amat tapi tak rasa plak takut jatuh ke apa. Sekarang ni kalo kena panjat pokok2 tu balik aku tak pastilah sama ada berani lagi atau pon tidak. Mungkin terpaksa guna alat-alat rock climbing kot.Selain daripada panjat pokok untuk dapatkan buah-buahan, pokok2 ni jugak merupakan tempat bersembunyi untuk ponteng mengaji dan kelas agama sebelah petang. :twisted:

Bercakap pasal pokok, aku sangat suka dgn komen Prof Mohammad Agus Yusoff berkaitan dengan mesyuarat tergempar kerajaan Perak yang diadakan di bawah pokok. Banyak suara-suara yang mengatakan mesyuarat tersebut tak sah, oleh itu usul2 yang diluluskan daripada mesyuarat tersebut pon tidak sah. Menurut Prof Agus, mesyuarat yang diadakan di bawah pokok tersebut sah menurut undang-undang. Jangankan di bawah pokok, kalau buat kat atas pokok pun sah. He-he. Mesyuarat atas pokok sambil makan buah-buahan. Heaven sey.

6 March 2009 at 17:33 - Comments

Malas

Kepada rakan bloggers yang rajin update blog aku tabik kat korang dengan 2-2 belah tangan. haih, kenapalah aku tak serajin korang semua nk update blog. dah berhabuk dah blog ni. malas sungguh.

Haha, this is really anoyying man. you can see the same posting that i wrote about this malas to update blog thing in previous entry not so long ago and now i’m writing the same entry again. so takdok idea of me.

oh yeah some of you might come into my blog through xareejx and to tell you the truth and to defend myself, all the photos and not so nice entry about me tu semua dusta belaka. sy sebenarnya tidak begitu percayalah. i hv been forced to do all those not so nice things (if any) or if i refuse i will not get any nasi for that day. urghh pity me.

okaylah that’s all see ya all again next month plak. this is my entry for this month.

24 February 2009 at 04:34 - Comments
ira at 11:00 on 24 February 2009
bz sngt kot..wat research utk kak areej...hehe...marah plak die nanti..
areej at 23:14 on 26 February 2009
wahhaaha….dusta ke? mana ada i ugut u with no nasi if u x buat kan…bukan ke u yg ugut tanak ...

Gambaran Gambar-Gambar Si Penggemar Gambar

Aku baru je set up my own flickr account. Disebabkan gambar2 yg diambil sebelum ini tersangat banyak tapi jarang sekali dilihat dan dihargai, maka aku mewujudkan akaun flickr ini untuk berkongsi dan lebih  menghargai gambar2 yang diambil. Mutu gambar banyak yang tak cantik sbb tak diedit langsung. Aku lebih menggemari gambar yg asal daripada gambar yg telah diphotoshop. personal preference lah kan. Biar selekeh dari macho gila tapi serabai(?? …tibe2 teringat ayat2 dari majalah Ujang masa kecik2 dulu). Lagipun aku suke gambar yg asal sebab MALAS nk photoshop. Kalo gambar tersebut di photoshop nescaya lagi cun. tapi sori lah aku mmg takde masa skang ni. sgt sibuk. titik.

Aku akan menambah album2 dalam flickr tu dari semasa ke semasa. buat masa ni enjoy dulu gambar2 yang ada. sebolehnya aku telah cuba menyusun gambar tersebut mengikut turutan masa yang sebenar tapi aku jamin ianya tidak berada dalam turutan yg betul disebabkan faktor-faktor teknikal. Silalah lawati klik flickr untuk melihat gambar-gambar semasa lawatan kami ke Spain baru2 ini.

29 January 2009 at 06:37 - Comments
ira at 05:28 on 8 February 2009
bakpe pulok tadok mase nye...a.aiman wat mende sampai bz sgt tuh..cite sket...
xamadx at 04:37 on 24 February 2009
byk gile mende nak buat ni...hehe. taklah sebenarnya malas sket nih.

Coke

Aku adalah penggemar minuman diet coke.
Aku berjanji pada diri sendiri untuk tidak membeli diet coke lagi dan juga coke yang lain.
Dan aku tidak akan minum di Sturbucks lagi.
Demi Palestin.

27 January 2009 at 12:57 - Comments
dakchomey at 12:27 on 14 March 2009
good luck
Saffa at 14:07 on 18 April 2009
Tahniah kerana punya semngt sebegini. Semoga diberi ketetapan hati, untuk diri, ummat dan agama. Semoga terus memboikot barangan mereka. Dia adalah anak ...

Lawatan ke Spain

p1105262-desktop-resolution1

Destinasi kami kali ini ialah Andalusia, Spain. Kami sempat melawat ke tiga bandar iaitu Granada, Cordoba dan Sevilla.
Walaupun tempoh lawatan hanyalah untuk 6 hari, namun kami berasakan seolah-olah telah berada di sana untuk tempoh masa yang lebih panjang, 6 bulan mungkin. Ini disebabkan oleh keletihan dan rutin harian yang berbeza daripada biasa. Aku tidak menjamah sebutir nasik untuk tempoh 4 hari. Hanya kebab menjadi juadah harian. Mulanya aku terfikir mungkin perut dan mental Melayuku bakal mengalami kesusahan tapi Alhamdulillah, aku berjaya menempuh hari-hari tersebut tanpa sebarang masalah.

Satu lagi alasan adalah keletihan dan kepenatan serta lenguh2 kaki. Perancangan dan kaji selidik berkaitan dengan bandar-bandar tersebut tidak dilakukan dengan sebaik mungkin. Silap sendiri. Kami mengelilingi tempat-tempat mernarik dengan berjalan kaki terutamanya semasa naik dan turun bukit dilorong-lorong di sekitar Albayzin. Aku berjanji dengan diri sendiri untuk tidak memakai Clarks Desert Trek lagi sekiranya  melibatkan penggunaan kaki yang banyak. Haih.

OK. aku keletihan untuk menggunakan bahasa Melayu tulen  dalam mencari perkataan yang sesuai. Aku ingin menjadi diri sendiri untuk entri kali ini. Yehaa. Ta-ta BM standard untuk sementara waktu.

Baiklah, selesai bab komplen (ada lagi komplen sebenarnya, especially bila nilai pound dengan euro adalah pada rate yang same. Bkn itu shj, ada lagi. Tapi MUNGKIN diselitkan pada lain2 entri). Trip kali ni amat superb. Aku rasa sgt bertuah dan sungguh thank god sbb memilih Andalusia, dan bukannya tempat lain. We’ve been to tempat yang paling sejuk dan bersalji untuk skiing di Sierra Nevada dan juga tempat yg cahaya matahari memancar panas dan suhu hampir mencecah 20 degree celcius di Sevilla. Semua di dalam satu trip di musim winter. What else could we ask for.

Di antara tempat yang sempat kami lawat ialah Alhambra, Mezquita dan Alcazar. Secara amnya kawasan Andalusia dulunya pernah berada dibawa kekuasaan Khalifah Islam. Aku sangat kagum dengan senibina Islam. Kalau nak bandingkan dengan senibina krsitian memang jauh berbeza. kebanyakan masjid ditukarkan menjadi gereja. ada sesetengah gereja ditukar menjadi masjid dan bila kristian merampas kembali andalusia, masjid2 tersebut di ubah menjadi gereja balik. senibina krsitian byk berunsurkan binatang dan patung berhala. manakala senibina islam lebih kepada corak2, bunga2 dan juga ayat2 dari alquran. mmg detail gile. kalo tengok pada corak yg diukir di dinding-dinding dan tiang2 tu sangatlah breath taking. KAGUM.

We stayed in Cordoba less than 24 hours. I had this impression that Granada is bigger than Cordoba. Rupanya tak, Cordoba mcm lagi besar. Sebab tiket dah hotel dah book earlier, kitorang melawat Cordoba sekejap shj dan kat satu tempat je lah iaitu Mezquita. Bekas masjid jugak yg dah diconvert jadik church.

haih, malas lah nk tempek gambar2 lawatan dan nk citer secara details pasal trip ni. cam dah basi sebab lama sgt tak blog. hoho, silalah jenguk xareejx untuk cerita yang lebih lanjut. tehehe.

Lepas je balik dari Spain, aku agak sibuk sedikit kerana terpaksa menjadi tourist guide kepada satu rombongan keluarga yang datang bercuti ke London. Semua factory2 outlet kat UK ni dorang nak pegi. Wow, dorg mmg shopaholics tahap agong. Tapi sbb masa tak mengizinkan, kami hanya sempat ke bicester village dan ashford designers’ outlet shj. Tengok barang2 dorang borong, pergh penuh satu van.

Okeh tu je catatan tuan blog untuk kali ni.

tata.

22 January 2009 at 06:15 - Comments
ira at 10:45 on 22 January 2009
ape kate kalu kak areej dah wat story pasal g jln2 tu..a.aiman tepek r gambo bebanyok..kan ade beribu keping tu...huhu..muat ...
xamadx at 11:17 on 22 January 2009
ira: hehe..muat jer KOT? tp nk tunggu kak areej nya video. dia ada wat video tau.nnt nk cilok yg dia lah.. senang ...

Awal Januari 2009

Image Credit : Pelandok17.fotopages.com

Semangat tahun baru berkobar-kobar (jujurnya aku kurang senang dengan istilah tahun baru ini apabila dimaksudkan dengan tahun baru masehi. Aku suka sekali kalau ianya merujuk kepada tahun hijrah. Tapi sudah sememangnya penggunaannya digunapakai satu dunia. Aku akur walaupun sangat kurang senang sekali. :???: )

Bila datangnya tahun baru, buku baru mula dibuka, azam baru dirancang, keinginan dan impian baru mula berputik dikepala masing-masing. Apa agaknya cerita azam dan impian tahun lepas? Kalau sudah tercapai, ayuh kita maju lagi. Kalau belum, aha… Lupakan saja. Pasang azam baru. Senangkan? :twisted:

Apapun aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Dr. Mahadi dan Dr Halimah di atas kelahiran puteri sulung mereka tepat pada 1 Januari yang lalu. Semoga hidup kalian bertambah serinya dengan kehadiran cahayamata yang comel ini.

Selamat datang ke dunia blog diucapkan kepada rakanku En Saim. Silalah kalian melawat coretannya di Gilakeapa.

Mulai esok, aku dan mawarku akan menghabiskan masa di Spain untuk tempoh seminggu. Perancangan dan persiapan telahpun selesai. Hanya tunggu masa untuk berangkat. Kami akan melawat Andalusia di Selatan Sepanyol. 3 negeri yang akan kami lawati ialah Granada, Cordoba dan Sevilla. Walaupun masa agak singkat, kami berharap dapat menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Doakan keselamatan perjalanan kami ya?   :razz:

6 January 2009 at 01:24 - Comments
zamil at 10:13 on 6 January 2009
:idea: gua ucapkan selamat pd korg berdua..best ar lu dpt jalan2 tgk tempat org..kem salam pd Raul Gonzalez..
ira at 04:19 on 7 January 2009
enjoy ur holiday/honeymoon...bawak balek..onde2 ek..huhu..