Subscribe to Thoughts and Life
Nov
07

Barrack Obama: Dengar nama dia pon dah tau dah he’s black. He won the US presidential seat to become the 44th president of US. People are having their best hope to see the good changes that Obama will bring. To stop war and to bring back the troops. Bagi masyarakat muslim satu dunia plak berharap Obama dapat jadi penghubung antara dunia Islam dan Barat memandangkan latar belakang keluarga beliau. And hopefully negara-negara seluruh dunia akan bersatu padu. (What’s there to hope bila sesama muslim serata alam bercakaran??)

Medical Appoinment: Semalam aku menghadiri temujanji perubatan di sini. Sebelum ni aku menyangkakan problem dgn spine aku ni agak serius tapi ikut doctor tu tidaklah serius sgt (tp still sgt sakit). It has nothing to do dgn spinal chord pon. cuma muscle problem. and she has recommended me to undergo physiotherapy in few weeks time. Alhamdulillah.

Shah’s wedding: Tahniah buat Mr Shahril yg selamat mendirikan rumahtangga dgn isterinya Puan Sue. Both of them adalah classmate masa kat mrsm taiping dulu. Sesungguhnya kekuatanmu melalui saat2 berjauhan dari tunang tersayang masa kat London ni memberi inspirasi kepadaku. Tak ramai yg sekuatmu. :mrgreen: (P.S. Mr Shahril merupakan sportman yg berwibawa. Skill dribble dan footwork beliau dalam permainan bolasepak sukar ditandingi. Semoga lepas kahwin, skill2 baru yg dipelajari sbg seorang suami tidak mengurangkan dribbling skill tersebut. :twisted: ). Kepada Shah dan Sue, Tahniah sekali lagi dan mudah-mudahan kebahagiaan yg korang lalui disaat bergelar pengantin baru ini menjadi memori yg indah dalam menguatkan cinta dan kasih sayang korang berdua. Korang berdua mmg secocok!

Canterbury: Weekend yg lepas kami ke Canterbury bersama En Seif dan Puan SIL. Bandar tersebut telah disenaraikan sebagai bandar bersejarah oleh UNESCO. Kawasan bandar tersebut asalnya di kelilingi oleh tembok-tembok batu. tetapi disebabkan faktor masa, sebahagian besar tembok-tembok tersebut telah runtuh. namun tembok-tembok yg masih ada pada hari ini masih memberi gambaran jelas keadaan asalnya sebelum ini. byk gereja lama dan ada satu cathedral besar yg marvellous. bangunan2 lain pon sgt oldies. it’s a very nice city indeed. foreigners pon tak ramai sgt membuatkan “english environment” tu dapat dirasai. tak macam dilondon ni, name je duk UK tapi mcm di bombay ataupon tempat-tempat lain.

Malaysia: Cakap-cakap yg mengatakan ramai orang nak balik Malaysia for raya haji membuatkan aku dan mawarku sedikit tak keruan. patutkah kami balik juga ataupun cume merenung mata each other dipagi raya yg hening?  kalo balik malaysia sekarang ni byk benda yg dirancang tak dapat dilaksanakan contohnya berjemur santai di pulau redang atau perhentian menikmati cahaya matahari. skang kan musim hujan. rugi…rugi. ataupun adakah melancong ke sweden atau norway di saat musim beku bersalji ini merupakan satu idea yg baik? ntahlah, tak keruan tapi kami sgt jeles sbb ramai org nak balik beraya di Malaysia. sabar…sabar.

Oct
27

Yeah,
Minggu ni punye game memang best giler. First good news was on Saturday sbb Manure seri dgn Everton walaupun dorang skore dulu. Thanks to u enchek Everton. to encik GERGASI, whackkkkkk to u loser. haha! :twisted:

and came another good and even happier news yesterday bila Liverpool berjaya membelasah Chelsea 1-0 di Stamford Bridge. Yeah i know that membelasah doesnt reflect its exact meaning here but the feeling it brings is alike. Memang satu rekod yg memberangsangkan dari team CHelsea bila dorang tak penah kalah sekalipon untuk tempoh 4 tahun setengah di stadium mereka di Stamford Bridge. Memang patut pon supporters mereka bangga dengan rekod nih. tapikan records are meant to be broken, mcm kata2 enchek keane. terimalah kenyataan tu.

yg pasti, gol alonso dah cukup untuk meletakkan liverpool di takhta persada liga walaupun torres takde sbb kecederaan masa WCQ round. apepon aku rasa sgt best! nak senyumm umpama suria jer..ahahaa. :razz:

lokasi: sebuah rumah di yiewsley

Masa: 1.00 tgh hari sampai 6.00 petang

acara: tengok bola sambil makan laksa

mood: bahagia. :razz:

Oct
23

Wonderwall

Posted by xamadx under entertainment, music

i said maybe
you gonna be the one that saves me
and after all
you are my wonderwall

Oct
22

Google cambest

Posted by xamadx under selingan, tips

ok, posting ini akan dikategorikan dibawah kategori selingan. entri semalam pun di bawah kategori selingan jugak. now i am thinking whether selingan ini benda cam sampingan atau benda utama dalam blog aku ni?
selain benda2 selingan sebegini, buat masa ini aku takde modal nak berblog. maka title blog ni iaitu mengenai my thoughts and life sepatutnya ditukar kepada my selingans sbb banyak sangat selingannya. harap maklum.

utk selingan hari ni aku nak share ngan korang seme mengenai kehebatan google. korang seme mesti dah tau that google merupakan enjin carian yg paling ramai pengguna. bagi mengekalkan dan menambah jumlah penggunanya, pakar2 internet di google inc siang malam berhempas pulas menambah nilai dan memperbanyakkan kegunaan search engine mereka ni.

rahsia google yang ingin aku share hari ini ialah disamping merupakan enjin carian, google juga berfungsi untuk kegunaan-kegunaan lain seperti mengetahui waktu, cuaca, currency exchange dan juga calculator.
caranya anda hanya perlu ke website google.com/google.co.uk dan sbagainya dan taiplah seperti contoh-contoh berikut didalam ruang cariannya:-

1) time in malaysia
2) weather london
3) 100 myr in gbp
4) 3*(3+3)

senang dan menjimatkan masa bukan? selamat mencuba.

daaaaa~

Oct
21

Rumah-rumah yang menakutkan.

Posted by xamadx under pictures

wahlaaawehhh lamenye tak blog.
mintak maaflah rakan2 pelawat yg tak putus mengunjungi blog ni walaupun takder open house.
kepada yg meninggalkan komen2 tu trimas byk2. baru berpeluang utk balas. kepada yg belum lagi meninggalkan komen tu sila2 lah tinggalkan. ahaksss.

sbb lama tak memblogging aku kick start dengan mengepos gambar rumah2 yg duduk di tepi curam2 yg tinggi. tak boleh nk bayangkan staying dalam rumah camni…lebih elok rasanya kita berumah di tepi pantai ataupun flat 12 tingkat lif rosak (kesian kat diorang naik turun banyak tangga). sabarlah warga sentul, sebab org tak bayar hutang, semua skali menanggung azab siksa naik turun tangga tinggi nak mampos. aku simpati terhadap kalian…kepada penghutang, bayar hutang tu wajib, nnt roh terawang2an tak sampai ke langit (rasanya ada hadis bout this, tapi tak sure).

berikut adalah gambar-gambar 4 kawasan perumahan yg terletak di clifftop.


[gambar atas]

selamat datang ke Ronda. Ini merupakan sebuah kawasan perumahan yg terletak di selatan Spain. Walaupun ketinggian cenuram ini adalah setinggi 130meter dan boleh membuatkan jantung aku berdegup kencang cuak tiap-tiap hari takut tergelincir jatuh ataupun bumi ni berkocak sikit bley trus terhempas, aku lebih sanggup berumah kat sini dari tinggal di Bonifacio.


[gambar atas]
yezza, slamat datang ke Bonifacio, Corsica, Perancis.
dari gambar diatas dapat dilihat rupa bentuk tanah tersebut fragile gile. kawasan perumahani ni didirikan di atas batu kapur (limestone). struktur tanah tersebut terus menjadi semakin curam terhakis akibat dilanda ombak lautan mediterranean. i guess by looking at the photos, it wont be taking too long before rumah ni semua runtuh. tapi jatuh dalam air laut takpe kot (?) :cool:


[above]
ini adalah gambar permandangan sebuah bandar kecik di Castellfollit de la roc, Spain. nampak seolah2 rumah ini didirikan diatas sekeping batu yg besar. what an incredible looking strecth.


[above]
ni pulak merupakan hanging houses (casas colgadas) in Cuenca, Spain.  They are clinging onto rocks. Kebanyakan pakar2 struktur bangunan (mcm Scoffield) mencadangkan bahawa rumah cenggini tak sesuai lagi utk diduduki. Tapi untuk maklumat korang seme ada lagi penghuni2 berjiwa kental dan berhati kering masih berani tinggal di sini. Isk bila2 masa jer nampak bleh runtuh. jgn kan duduk dalam rumah ni, nak amik gambar dari bawah mcm ni pun aku tak sanggup. Auwww, i tak rela u. :razz:

Oct
15

Yep, my blog is best viewed with Firefox and Google Chrome.

I used IE the other day and there was something wrong with the header of the content. The date and title of the entry will be shown slightly to the right. It was not properly aligned with the whole content table.

However you wont see this if ur using Firefox or Chrome.

Say babai to IE. :grin:

Oct
10

Kekasihku Seru

Posted by xamadx under Malaysia, entertainment

Kita semua tau Waris takkan berhenti dari mendapatkan ibunya Marisa (Mas Ayu kan namanya kalau tak silap?). Walaupun Marisa tak percaya benda2 camni disebabkan dia memilih untuk terus menafikan kewujudan waris namun dengan bantuan Rashad dia akhirnya akur bahawa keturunannya telah ditakdirkan untuk menanggung sumpahan janji keramat nenek moyangnya.

Kita tahu long time ago moyang Marisa telah berjanji untuk sehidup semati dengan Waris. Selagi ada penyambung keturunan mereka, selagi itulah Waris tetap ada. Itu janji, itu sumpah mereka. Oleh sebab itulah Waris akan terus memastikan dirinya menguasai anak dan keturunan wanita tersebut bagi memastikan kelangsungan hidupnya.

Kita juga tahu bila saja nenek moyang Marisa menyeru nama Waris, pasti Waris akan datang. Waris akan tetap menjaga mereka. Siapa yg menyakiti mereka, Waris pasti membela. Mereka akan disakiti kembali. Maka bercerai jiwa dari jasadnya.

Kita tahu Marisa sudah mengetahui akan semua kisah asal usulnya. Marisa tidak boleh menerima Waris. Marisa harus melawan segala bisikan dan hasutan Waris untuk memilikinya kerna sekali Waris menakluki beliau, sepanjang hayatnya hidupnya akan dikuasai Waris. Marisa tidak boleh sesekali menyeru nama Waris memohon pertolongan ataupun apa sahaja darinya. Waris pasti datang dan tidak akan pergi lagi. Tidak selama-lamanya.

Kita semua berharap agak Marisa kuat dan tidak menyeru memanggil Waris. Tapi kenapa kamu, kamu dan kamu setiap hari menjenguk Website Tv3 mencari Waris? Ianya seolah-olah menyeru. Janganlah kamu semua menyeru Waris. Berilah dia peluang untuk beraya dahulu walaupun dia bukan hantu raya. Sabarlah, nanti adalah tu. Baru 2 minggu dia tak datang. Jangan risau yer! :lol:

p.s. entri ini ditujukan kepada penonton2 drama kekasihku seru yg telah belum lagi
ditayangkan untuk minggu kedua berturut2 difahamkan akibat diisi dengan slot2 istimewa
bersempena dgn sambutan aidilfitri.
Oct
08

I found this poem interesting. glad to share it with ya.
It was written by an African Kid.

When I born, I black

When I grow up, I black

When I go in Sun, I black

When I scared, I black

When I sick, I black

And when I die, I still black

And you white fellow

When you born, you pink

When you grow up, you white

When you go in sun, you red

When you cold, you blue

When you scared, you yellow

When you sick, you green

And when you die, you grey

And you calling me colored?
Oct
07

it’s raya time

Posted by xamadx under Events, melayu

mcm mana raya kalian? agakan ku mesti meriahkan? aku sangat jeles sekali.
rayaku di bumi british ni mmg tak sama mcm malaysia. suasana raya hampir sama skali tidak dapat dirasai.
ini kali pertama dlm hidupku beraya di bumi orang. jauh diperantauan. jauh dari keluarga dan sanak saudara.

sedih?sayu?pilu?

tak sangat. mungkin sbb aku ni bukan berjiwa sentimental ataupun disebabkan suasana raya tak wujud sama skali. raya rasa macam tak raya. takde bunga api, takde bakar lemang, takde hias rumah, takde traffic jam, takde cat rumah dan takde bau. u know, raya has its own smell. ala2 bau cam orang bakar lemang, cam bau asap sthg. i dunno how to describe that but it’s there when raya is around.

walaupun raya kat sini ala kadar, masyarakat malaysia disini telah berusaha utk membangkitkan suasana raya tersebut dgn mengadakan rumah terbuka. it’s open house time. yay! :razz:  ada open house, ada makan…best betul bley makan nasi dagang, laksa penang, pulut kuning dan sebagainya. harap2lah minggu mendatang ni ada lg org buat open house. bleh makan2 lagik. :lol:

Sep
29

Salam Lebaran

Posted by xamadx under Events, Islam, melayu

Kepada semua

Rakan dan taulan,

Selamat Hari Raya Aidilfitri,

Maaf Zahir dan Batin.

Pandu selamat patuhi had laju.